1.
1. Wak Lamin meminta se____________ daun sirih sebagai
pengeras untuk mengubati penyakit Pak Dol.
Correct Answer
A. Helai
Explanation
helai sinonim
utas, lembar, keping, carik, pel, benda/barang yang tipis dan lebar (seperti daun/baju dan kertas), lampir;
2.
2. Berbekalkan _____________sekangkang kera, Ahmad
bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.
Correct Answer
B. Tanah
Explanation
tanah sinonim
I) 1) daratan, benua.
2) negeri, wilayah, daerah, zamin.
3) warna dasar (kain), latar.
4) bumi, ardi, butala, bentala.
5) lapisan bumi yang di atas sekali.
6) barang tetap, harta benda yang tidak dapat dipindah-pindahkan;
(II) depa (ukuran)
3.
3. Borhan telah berjanji kepada ____________ bahawa
_______________ tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.
Correct Answer
D. Saya … dia
Explanation
saya sinonim
1) aku, dengan, patik (untuk merendahkan diri), hamba tuan (sangat takzim), yang diperhamba, sahayanda, sanda, bayu, den, ana, kawan, ajeh, ai, cik, beta, ana, gua, kekmo, kawula, kita, fakir, debu, senda, sini.
2) ya, benar, bahkan, baik;
dia sinonim
ia, dia, engkau, sira.
4.
4. Budak itu tiba-tiba saja __________ kain itu hingga
terkoyak separuh.
Correct Answer
B. Menyentak
Explanation
menyentak sinonim
1) meragas, mencabut, meragut, menarik dengan paksa, merabut, merangum, merentak, memberentang, merengkuh, menyentap, merenggut, mengunggut, meruntas, menyambar, menyendal, menyembat, membantun, merenyuk, merengkah, merentap, memiuh, menyeret, menghela, meregang, meruntun, menarik kuat-kuat.
2) merebut, merampas, menyendal, mencuri dengan pantas.
3) memendekkan (tali kail), menyandak;
(II) menengking, membentak-bentak, mengherdik.
5.
5. Seluar yang berwarna __________ ini sesuai dipakai oleh
Salmi yang bertubuh ________.
Correct Answer
B. Biru …langsing
Explanation
biru sinonim
berlau, belau, nila;
macam/seperti (bk).
langsing sinonim
(I) panjang lampai (tubuh badan), saring, semampai, tinggi dan lembut, sering, panjang dan ramping, merunjau, tinggi langkai, melanjai, tinggi lampai, langsar, lanjung.
(II) keras, tegang, bunyi nyaring yang mendesing, sangat nyaring;
6.
6. Ahmad mempelawa Abang Sudin _____________ makan malam di
rumah kami __________menunggu bas mereka siap dibaiki.
Correct Answer
D. Serta … sementara
Explanation
serta sinonim
1) sembari, sambil, seraya.
2) demi, sebaik sahaja.
3) sesudah, baharu sahaja.
4) turut, ikut, bersama lagi.
5) dan juga, selanjutnya;
menurut, mengikut, mengiring;
sementara sinonim
1) di samping.
2) senyampang, justeru, terlanjurkan, kebetulan.
3) antara, dalam pada itu, sedang, dalam waktu itu, ketika itu.
4) tidak lama, untuk beberapa ketika sahaja, tidak kekal.
5) selagi, selama.
6) seraya, sambil;
selama, selagi.
7.
7. Selva terpaksa ________________ kaki untuk pulang ke
rumah setelah dia __________ dengan Aliah.
Correct Answer
B. Berjalan…bertengkar
Explanation
berjalan sinonim
1) bergerak (ke depan dengan jalan kaki), berangkat, berlalu, berlepas, bertolak, pergi/bepergian, becemar duli, melangkah kaki serta bergerak maju, belayar.
2) menatih (kanak-kanak), menatah.
3) mengatur langkah, membuang langkah (spb), menungkai tapak, melangkah, telabat.
4) lalu, lewat, melintas.
5) (spb) beroperasi, berlaku, berlangsung, sedang terjadi.
6) menuju ke, maju;
bertengkar sinonim
1) berlawan cakap kerana menegakkan pendapat masing-masing, bertikam lidah, bertegang urat (spb), berkeras benar memperkatakan sesuatu, berbabil, bertegang leher, bersering urat leher, perang mulut, bersoal jawab, bertanya jawab, bercedera, bertelingkah, perang bicara, berebut mulut, berbahas, bersawala, berselisih, berdebat, berguam, bertanding hujung lidah (prb), berbalah mulut, bermaki hamun, berbalas-balas kata, bertengking, bertaki, bertikai, mengadu hujung lidah, bertingkuh, bercekcok, bercekik merih, bersisalak, berbantah keras, berhujah, bermerah muka, bertikai pangkai, bertekak, bertopang.
2) bergaduh mulut, membuat gaduh, berkelahi, bercakar;
8.
8. Dia tidak berjaya ___________ cakera itu melepasi garisan
kelayakan.
Correct Answer
D. Melempar
Explanation
melempar sinonim
mencampak, membuang jauh-jauh, merejam, menghumban, menauk, melontar (sesuatu jauh-jauh), tui, menimpuk, menonceng, menagur, membaling (sesuatu kepada), menghanding, melanting, memekong, membandering;
9.
9. “_____________, ya! Kamu jangan lupa menjemput Nani esok,”
Correct Answer
C. Oh
Explanation
Oh sinonim
kata seruan untuk menyatakan hairan.
10.
10. Rumah Pak Dali _____________ dengan suara
____________nya yang datang bertandang.
Correct Answer
B. Riuh-rendah …saudara-mara
Explanation
riuh-rendah sinonim
1) bising sekali, taru, rutup, hiruk-pikuk, gegak gempita, sangat riuh, hingar-bingar, hiruk-pikuk, gegap gempita, laguh-lagah, gelumat, riuh gemuruh, keridau, heboh, igau-igauan, gamat, bunyi yang terlalu bising dan tidak tentu buah butirnya.
2) sangat ramai, ramai sekali.
anak-anak sinonim
1) budak-budak, kanak-kanak, budak/anak kecil.
2) banyak budak.
3) mentah, bodoh, tidak bijak, masih hijau/beringus (spb).
4) (prb) ubun-ubun masih lembik;
anak patung, boneka, patung mainan, orang-orangan, patung kecil, permainan kanak-kanak, pop, golek, tiruan anak (untuk permainan), popi;
11.
11. Salmah memang cantik orangnya. Namun, dia ibarat
__________ kerana suka _________ apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
Correct Answer
C. Bunga dedap …bermuka-muka
Explanation
bunga dedap sinonim
perempuan yang rupa parasnya sahaja cantik tetapi rendah budi bahasa dan tidak tahu menguruskan rumah tangga.
bermuka-muka sinonim
muka tebal, muka kayu, muka papan, muka tembok;
12.
12. Abu harus selesai ____________ lubang-lubang di tanah
itu sebelum esok.
Correct Answer
A. Mengorek
Explanation
mengorek sinonim
1) menghimpunkan (wang), mengumpulkan.
2) mengeduk, menggali, membuat lubang, mencungkil, menebuk, mengebor, mengeruk, menambang, menggerai, menjara, membor, memboreng, menggaung.
3) mengambil untung.
4) menyiasat, mencari-cari, menyelidiki, mendalami.
5) melarik, melubangi, mengukir.
6) mencungkil, menyigi, mengeluarkan.
7) mengata-ngata (keburukan orang), mengkritik.
8) menggores (hati);
13.
13. Perkataan seerti dengan perkataan bergaris.
Puan Rita memeluk
erat anak kesayangannya yang baru pulang dari luar negara.
Correct Answer
A. Mendakap
Explanation
mendakap sinonim
memeluk
14.
14. Asadi telah __________ kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan itu.
A merebut
B mengambil
C menggapai
D mencapai
Correct Answer
D. Mencapai
Explanation
mencapai sinonim
1) menjayakan (harapan), menyampaikan (maksud), menggayuh (cita-cita).
2) mencengkau, menggapai, merapai, menggabai, meraih, menggayuk.
3) mendapat (sesuatu dengan usaha), memperoleh, menerima, mencatat.
4) mengaras, menyentuh, menjengkau, meranggeh, menggenggam.
5) mendekati, memikat (hati).
6) hendak memegang (dengan menghulurkan tangan/belalai), hendak mengambil.
7) bertemu dengan, sampai.
8) mendekati, memikat (hati);
15.
15. Tiang-tiang itu harus ____________ supaya tahan lebih
lama.
Correct Answer
C. Kukuh
Explanation
kukuh sinonim
1) kuat dan tegap (buatan), tidak mudah binasa, tidak mudah rosak, tahan, tidak mudah runtuh, tidak mudah terbongkar, tidak mudah roboh.
2) teguh (pendirian), tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak, cekal (hati), sali, kawi, utuh, tidak mudah patah/putus.
3) ketat, terganjal, tidak longgar, tidak goyah, kejat, tidak mudah tercabut.
4) erat, rapat, mesra, karib.
5) kompak, bersatu padu.
6) kemas, rapi.
7) tangguh, tabah dan tahan;
16.
16. Walaupun Razak merupakan ___________ dalam keluarganya,
tetapi ibu bapanya tidak terlalu memanjakannya.
Correct Answer
B. Anak emas
Explanation
anak emas sinonim
1) orang yang disayangi oleh ibu bapa/guru, ketua/majikan atau pemerintah.
2) budak peliharaan yang dikasihi/dipujai.
17.
17. Ayah belum membuat keputusan ____________ bercuti di
dalam negara _________ di luar negara.
Correct Answer
C. Sama ada … atau
Explanation
sama ada sinonim
1) apakah, ataukah.
2) walau pun, waimma.
atau sinonim
1) disebut juga.
2) pilihan.
3) kor, serupa/sama dengan.
18.
18. Mula-mula masukkan air dan serbuk teh, _______________
didihkannya sebelum dimasukkan gula.
Correct Answer
C. Kemudian
Explanation
kemudian sinonim
1) kalakian, kala itu, ketika itu, lalu.
2) kelak, jemah, nanti, akan datang.
3) belakangan, sesudahnya.
4) selepas/sesudah seseorang lain, sesudah/sesudah sesuatu waktu/kejadian.
5) cicir, corot, penghujung, lewat, akhir, kudian, di belakang;
19.
19. Dalam sebiji durian itu, hanya lima ____________ isi sahaja yang boleh
dimakan.
Correct Answer
C. Ulas
Explanation
ulas sinonim
(I) 1) selubung, kain sampul, kelubung, sarung bantal/tilam.
2) kulit buah;
(II) ruang, petak, pangsa, juring;
(III) mengupas, mentafsirkan, memberi pendapat, mengkaji dan menghuraikan dengan teliti, menerangkan, menganalisa, mengomentar, mengertikan, membentangkan, menjelaskan, mengkritik, membahas;
(IV) (Rujuk)penghubung
lanjutan, sambungan.
20.
20 Abu tidak pernah melupai orang-orang yang berjasa
kepadanya. _____________ , dia akan mengadakan jamuan untuk mereka pada setiap
tahun.
Correct Answer
D. Oleh itu
Explanation
Oleh itu sinonim
oleh sebab itu, oleh yang demikian, lantaran itu.
21.
21 Kehidupan peladang di kawasan itu akan terus _______________
jika kemarau masih berlanjutan.
Correct Answer
C. Terhimpit
Explanation
terhimpit sinonim
1) tersepit, terkapit, tertatal, terapit, terkempa, kepepet, tercepit, tergencet, kedempet, terjepit, dalam kesusahan (spb), terkepit, terasak, terdesak, mepet, terpelonok, susah (kehidupan).
2) tertekan, tertindas, tertindih;
22.
22 Kecatikan corak kain-kain bunga itu menyebabkan pelancong
India
itu ____________
Sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
Correct Answer
C. Rambang mata
Explanation
rambang mata sinonim
1) orang yang memandang liar kepada anak isteri orang, mata keranjang.
2) orang yang sangat suka atau gilakan perempuan.
3) tiada tentu mana satu yang hendak dipilih, tidak tahu yang mana satu hendak dipilih kerana banyak pilihan, tidak dapat memilih barang yang dikehendakinya.
4) hati serba salah semasa membuat pilihan, susah hendak memilih kerana banyak.
5) tiap-tiap rupa yang tampak bagus menimbulkan keinginan hendak memilikinya.
23.
23 Para tetamu telah ___________ sesama mereka sebelum
majlis pembukaan dilangsungkan.
Correct Answer
A. Beramah mesra
Explanation
beramah mesra sinonim
1) ramah-tamah, murah mulut.
2) baik tegur sapa.
3) sangat karib (pergaulan)
24.
24. Mak Cik Rina hanya menggunakan beberapa ________________
bawang putih untuk masakannya itu.
Correct Answer
A. Ulas
Explanation
ulas sinonim
(I) 1) selubung, kain sampul, kelubung, sarung bantal/tilam.
2) kulit buah;
(II) ruang, petak, pangsa, juring;
(III) mengupas, mentafsirkan, memberi pendapat, mengkaji dan menghuraikan dengan teliti, menerangkan, menganalisa, mengomentar, mengertikan, membentangkan, menjelaskan, mengkritik, membahas;
(IV) (Rujuk)penghubung
lanjutan, sambungan.
25.
25. Orang muda itu telah memilih beberapa ______________
jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan di tanam di se___________ tanah
terbiar.
Correct Answer
D. Tongkol… bidang
Explanation
tongkol sinonim
1) buku besar, butir besar, gumpal, bongkah, ketul, belok, tongkah.
2) unting benang;
bidang sinonim
(I) perahu perang, sampan bidar.
(II) 1) lingkungan, dunia, lapangan.
2) permukaan yang datar, latar.
3) tumpak (sawah).
4) sektor, bahagian, sudut.
5) panjang, bongkah, bujur.
6) ukuran lebar sesuatu (kain).
7) kegiatan yang diceburi.
8) jurusan;